Tuesday 20 November 2012

Shopaholics?

Shopaholics?
I am not. Not that extreme.
Dah lama jugak perasan akan kewujudan buku ni, tapi tak terfikir pun nak baca, sebab.. aku bukan seorang shopaholics. Dan kalau bukan beli barang rumah, aku memang jarang nak berpeleseran di pasaraya. Aku ni 'orang rumah' maknanya lebih suka duduk rumah dan buat-ntah-hape-bende. Jadi bila aku nampak tajuknya pun dah aku rasa... errrr....

Tapi aku silap.

Lepas habis baca Phantom - Susan Kay, aku jadi ketagih. Bukan ketagih apa, setiap malam aku terbiasa memencilkan diri dan baca ebook. Ala-ala melukut di tepian gantang la.. Hp murah aku tu sekarang adalah teman paling rapat aku. Hepp.. bukan fesbuk, tapi ebuk. Bila dah habis Phantom, aku rasa macam.. 'hilang'. Jadi kebetulan aku terdownload sekali Confession of Shopaholics dalam hp aku ni. So aku pun start la baca, walaupun tak berminat pada awalnya. Lama-lama tersangkut pulak. Habis je Confession, aku terus sambung baca Shopaholics takes Manhattan.. Pun habis jugak dah.. :p

Memang best jalan ceritanya, secara jujurnya aku bagi 4 bintang. Buku ni mampu membuatkan aku ketawa terbahak-bahak hingga menimbulkan kecurigaan dihati mereka-mereka yang berkenaan lantas mengecheck akaun fesbuk serta whatsapp aku. :)


Yang ni paling best setakat ni la..

Hok ni salam perkenalan.. lucu!
sedang membaca yang ini pulak.. :)



Monday 12 November 2012

Misteri Bonjolan di Kaki Aweks Itu~


Hmm.. Sabtu lepas.. Memang best. Malam jumaat tu kitorang menyibuk ikut Lord Of The Ring ke Pulau Indah.. Dulu masa Boboy kecik2 kitorang pernah duduk sana. Jadi, nak tengok la tempat tu, lepas dah berzaman tinggalkannya. Memang dah maju sekarang ni. Banyak kedai-kedai baru bukak kat area tu.
Pagi Sabtu kitorang balik rumah. Macam biasa lah, mengemas, membasuh.. menyental semuanya. Pukul 2 petang, masing2 dah terbongkang depan tibi keboringan. Aku pun bawak la bebudak ni kluo. G Station 18 je la kami, dekat pun dekat, suma pun ada sana. Buat apa nak pening2 kepala nak ke Ipoh.. Parking lot pun 30 hari baru dapat. Belum cite pasal jam lagi.

Jadi sampaila kami ke Tesco, lepas penat berjalam-jalam kat Aeon. Cadang nak beli barang rumah sikit, ambikla troli. Dua kali toleh, anak2 aku dah buat muka sadin duduk dalam troli tu. Aku yg ajar sebenarnya, precaution kata orang puteh. Senang kalau diorang dalam tu. Tak payah nak sibuk2 ngejo kesana-kemari. Maka dudukla deme dikelilingi sabun basuh kain dan botol minyak segala…

Dah siap jalam-jalam sambil ambik ape yg perlu, kitorang pun pegila kat kaunter nak bayar. Tesco ni aku lemah semangat time bayo le. Time ni la aku rasa macam nak bako je signboard sebesar alam kt depan kaunter tu. ‘Kami akan buka kaunter lain sekiranya anda berada dibelakang garisan hijau’ Aku rasa aku berdiri dah jauuuuuhhhhh beno dari garisan hijau tu, takde pun kaunter bukak. Huh. Hampes.
Anak2 aku ni dalam troli dah cubit2 makan baguette. Aku biarkan je, sekurang-kurangnya takdela diorang bising2 bebel tanya ‘lama lagi ke’ setiap 15 saat.

Dalam dok bosan2 berbaris tu.. tiba2 ada awek2 kat depan kitorang menjerit. Kuat. Cukup kuat untuk membuatkan anak2 aku terkejut, lompat keluar dari troli dan nyorok belakang aku sambil pegang bucu baju aku kuat2. Apahal la minah ni.. mula2 aku tak ambik pot sangat.. (biasalah budak baru nak naik, hormon “g” lebih. *Gewdiks*) Tapi telinga aku tangkap aweks itu berkata ‘eeee…ape ni dalam seluar kite…die gerak2..eeee….ape nii… tolongla kiteee…’ otometik mata aku tengok kat kaki budak tu tadi. Anak2 aku pulak dah ngintai2 dari belakang aku. Memang betul, ada satu bonjolan yang mencurigakan disana. Aweks tu masih lagi jerit2, kawan2 dia pulak aku tengok pun ikut sama berdrama jerit tang tu.
Orang dah makin ramai tengok drama aweks ni tadi. Yang kat blakang aku pun terjengket2 nak tengok apa hal.

Lepas beberapa minit dia menjerit-jerit dan menggoncang-goncangkan kakinya, akhirnya ‘benda’ yang mencurigakan itu ‘melompat’ keluar dari hujung kaki seluarnya. ‘Benda’ tu tercampak  ke udara, dan landing elok je depan kitorang. Elok ‘benda’ tu landing je, Boboy cakap ‘Allah!!’ dengan kuatnya, terkejut yang amat.

Beberapa saat berlalu tanpa ada sebarang kata2 pun yang diucapkan oleh sesiapa. Akhirnya aku dengar ‘ppffftttttt’ dari Kakak, bila aku tengok mukanya, dah merah padam menahan gelak.

‘Mi… Mi… Akak rasa akak tau apa tu Mi…’
‘Syyttt… Jangan gelak, tak baik’
‘Tu mata ami ada air.. Tahan gelak eyh..’
‘Dah kamu gelak, ami gelak la’

Tiba-tiba gelak si Boboy berhamburanlah maka gamatlah dengan gelak si Boboy. Bila dengar Boboy gelak, aku pun gelak sama, dan seluruh barisan belakang aku yang Nampak kejadian tu pun sama gelak. Aweks-aweks tadi tanpa bayar apa2 terus blah dari situ. Dan owh, dia kutip balik ‘benda’ misteri yang merayap di kaki nya tadi.

Nak tau apa benda tu?

Panties.

Pastikan masa menanggalkan seluar, tanggal satu2, jangan bantai lurut ke lantai yang diluar dan didalam sekali. Ini adalah natijahnya nanti.

Jangan gelakkan orang, tak baik. J