Monday 13 June 2011

Kau Dan Aku~~

Mengapa kita bersama?
Bila aku suka, kau tak suka.
Bila aku tak suka, kau pulak suka.
Bila jiwaku disapa romantis, kau jual mahal.
Sampai masa kau jiwang, aku play hard-to-get.
Aku suka baskin robbins, kau suka aiskrim pong.
Aku suka spaghetti, kau pulak suka mi rebus.
Transformers : Kau tergila-gilakan autobots, aku tetap setia pada decepticons.
Smallville : Kau adore Clark Kent, aku madly in love dengan Lex Luthor.
Mood, makan, movie. Semua tak sama.
Berbeza macam langit dan bumi.
Jurang antara kita ibarat benua dipisah lautan.
Hairan. Apa yang buatkan kita masih bertahan?
.........
Suatu malam, dalam kegelapan.. masing-masing melayan perasaan. Aku bertanya, memecahkan kesunyian malam.
'Dah 10 tahun kita bersama. Semakin lama, semakin jelas perbezaan diantara kita. Kenapa kita masih disini, masih lagi bersama?'
Sepi. Tiada jawaban yang aku perolehi. Hanya deruan penghawa dingin yang aku dengar. Putus asa, kupalingkan badan mengadap ke dinding.
Tiba-tiba tangan kasar, tegap dan sasa itu merangkul tubuhku dan memaksaku rapat padanya. Terasa hangat, selesa dan selamat.
'Kita ditakdirkan untuk bersama. Jodoh yang membawa kita ke sini. Walau hebat dilambung ombak, kita masih jua disini. Hanya kerana satu perkara - Abang cinta Ayang, dan Ayang cinta Abang, kan?'
Ayat keramat itu dibisikkan lembut ke cuping telingaku, memanah jantung lalu meresap ke hatiku. Kata-kata bermakna yang jarang diungkapkan dek kesibukan tugas seharian.
.........
Dalam keperitan dan kepayahan mengharung badai duniawi..
perasaan ini tetap kukuh dihati..
Happy 10th Anniversary my love.
I love you
Saya sayang kamu
Wo ai ni
Ngo ngoi lei.