Saturday, 10 September 2011

Moga-moga sejuk hatinya...

Karangan aku kali ini kutujukan khas untuk sahabat karibku Christina, serta semua kaum wanita yang bergelar isteri juga ibu.
Petikan ini aku ambil dari buku hasil karya pakar motivasi yang sentiasa aku kagumi, Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj. Bukunya sentiasa menjadi peneman dikala segenap hati dicuri sangsi. Kata-kata azimatnya memberikan aku semangat untuk terus teguh berdiri walau badai melanda.
Niatku bukanlah untuk mencedok karya asal beliau untuk menjadi milikku, cuma mahu berkongsi sedikit sebanyak, sebagai pembakar semangat serta pendorong untuk kita menempuhi hari.

  • Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah Malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya 1000 kebajikan serta menghapuskan 1000 kejahatan.
  • Apabila soerang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah.
  • Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila lahir anak lalu disusui, bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya Allah berikan satu kebajikan.
  • Apabila ibu semalaman tidak tidur kerana memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Ini hanya sedikit, ada banyak lagi kelebihan-kelebihan menjadi seorang wanita. Tapi aku masukkan kelebihan diatas sahaja, untuk membakar semangat kepada sahabat karibku itu. Dugaannya memang banyak, tapi sentiasa sematkan dihati tentang segala kelebihan-kelebihan ini. InsyaAllah, segalanya akan baik-baik saja, cayunk..

Jangan senyum dulu serta berasa selamat. Aku pernah terdengar satu ayat dari seseorang untuk renungan kita bersama.

'Wanita, mudah baginya untuk menuju ke syurga, tetapi lebih mudah baginya untuk menjadi penghuni neraka.'

Wallahualam.

Aku tidak sempurna, segalanya tidak pernah sempurna. Aku akan cuba untuk jadi yang lebih baik serta menjaga amanah Allah padaku dengan sedaya aku termampu.  
InsyaAllah.