Hmm.. Sabtu lepas.. Memang best. Malam jumaat tu kitorang
menyibuk ikut Lord Of The Ring ke Pulau Indah.. Dulu masa Boboy kecik2 kitorang
pernah duduk sana. Jadi, nak tengok la tempat tu, lepas dah berzaman
tinggalkannya. Memang dah maju sekarang ni. Banyak kedai-kedai baru bukak kat
area tu.
Pagi Sabtu kitorang balik rumah. Macam biasa lah, mengemas,
membasuh.. menyental semuanya. Pukul 2 petang, masing2 dah terbongkang depan
tibi keboringan. Aku pun bawak la bebudak ni kluo. G Station 18 je la kami,
dekat pun dekat, suma pun ada sana. Buat apa nak pening2 kepala nak ke Ipoh..
Parking lot pun 30 hari baru dapat. Belum cite pasal jam lagi.
Jadi sampaila kami ke Tesco, lepas penat berjalam-jalam kat
Aeon. Cadang nak beli barang rumah sikit, ambikla troli. Dua kali toleh, anak2
aku dah buat muka sadin duduk dalam troli tu. Aku yg ajar sebenarnya,
precaution kata orang puteh. Senang kalau diorang dalam tu. Tak payah nak
sibuk2 ngejo kesana-kemari. Maka dudukla deme dikelilingi sabun basuh kain dan
botol minyak segala…
Dah siap jalam-jalam sambil ambik ape yg perlu, kitorang pun
pegila kat kaunter nak bayar. Tesco ni aku lemah semangat time bayo le. Time ni
la aku rasa macam nak bako je signboard sebesar alam kt depan kaunter tu. ‘Kami
akan buka kaunter lain sekiranya anda berada dibelakang garisan hijau’ Aku rasa
aku berdiri dah jauuuuuhhhhh beno dari garisan hijau tu, takde pun kaunter
bukak. Huh. Hampes.
Anak2 aku ni dalam troli dah cubit2 makan baguette. Aku biarkan
je, sekurang-kurangnya takdela diorang bising2 bebel tanya ‘lama lagi ke’ setiap
15 saat.
Dalam dok bosan2 berbaris tu.. tiba2 ada awek2 kat depan
kitorang menjerit. Kuat. Cukup kuat untuk membuatkan anak2 aku terkejut, lompat
keluar dari troli dan nyorok belakang aku sambil pegang bucu baju aku kuat2.
Apahal la minah ni.. mula2 aku tak ambik pot sangat.. (biasalah budak baru nak
naik, hormon “g” lebih. *Gewdiks*) Tapi telinga aku tangkap aweks itu berkata ‘eeee…ape
ni dalam seluar kite…die gerak2..eeee….ape nii… tolongla kiteee…’ otometik mata
aku tengok kat kaki budak tu tadi. Anak2 aku pulak dah ngintai2 dari belakang
aku. Memang betul, ada satu bonjolan yang mencurigakan disana. Aweks tu masih
lagi jerit2, kawan2 dia pulak aku tengok pun ikut sama berdrama jerit tang tu.
Orang dah makin ramai tengok drama aweks ni tadi. Yang kat
blakang aku pun terjengket2 nak tengok apa hal.
Lepas beberapa minit dia menjerit-jerit dan menggoncang-goncangkan
kakinya, akhirnya ‘benda’ yang mencurigakan itu ‘melompat’ keluar dari hujung
kaki seluarnya. ‘Benda’ tu tercampak ke
udara, dan landing elok je depan kitorang. Elok ‘benda’ tu landing je, Boboy
cakap ‘Allah!!’ dengan kuatnya, terkejut yang amat.
Beberapa saat berlalu tanpa ada sebarang kata2 pun yang
diucapkan oleh sesiapa. Akhirnya aku dengar ‘ppffftttttt’ dari Kakak, bila aku
tengok mukanya, dah merah padam menahan gelak.
‘Mi… Mi… Akak rasa akak tau apa tu Mi…’
‘Syyttt… Jangan gelak, tak baik’
‘Tu mata ami ada air.. Tahan gelak eyh..’
‘Dah kamu gelak, ami gelak la’
Tiba-tiba gelak si Boboy berhamburanlah maka gamatlah
dengan gelak si Boboy. Bila dengar Boboy gelak, aku pun gelak sama, dan seluruh
barisan belakang aku yang Nampak kejadian tu pun sama gelak. Aweks-aweks tadi
tanpa bayar apa2 terus blah dari situ. Dan owh, dia kutip balik ‘benda’ misteri
yang merayap di kaki nya tadi.
Nak tau apa benda tu?
Panties.
Pastikan masa menanggalkan seluar, tanggal satu2, jangan
bantai lurut ke lantai yang diluar dan didalam sekali. Ini adalah natijahnya
nanti.
Jangan gelakkan orang, tak baik. J