Tuesday 20 November 2012

Shopaholics?

Shopaholics?
I am not. Not that extreme.
Dah lama jugak perasan akan kewujudan buku ni, tapi tak terfikir pun nak baca, sebab.. aku bukan seorang shopaholics. Dan kalau bukan beli barang rumah, aku memang jarang nak berpeleseran di pasaraya. Aku ni 'orang rumah' maknanya lebih suka duduk rumah dan buat-ntah-hape-bende. Jadi bila aku nampak tajuknya pun dah aku rasa... errrr....

Tapi aku silap.

Lepas habis baca Phantom - Susan Kay, aku jadi ketagih. Bukan ketagih apa, setiap malam aku terbiasa memencilkan diri dan baca ebook. Ala-ala melukut di tepian gantang la.. Hp murah aku tu sekarang adalah teman paling rapat aku. Hepp.. bukan fesbuk, tapi ebuk. Bila dah habis Phantom, aku rasa macam.. 'hilang'. Jadi kebetulan aku terdownload sekali Confession of Shopaholics dalam hp aku ni. So aku pun start la baca, walaupun tak berminat pada awalnya. Lama-lama tersangkut pulak. Habis je Confession, aku terus sambung baca Shopaholics takes Manhattan.. Pun habis jugak dah.. :p

Memang best jalan ceritanya, secara jujurnya aku bagi 4 bintang. Buku ni mampu membuatkan aku ketawa terbahak-bahak hingga menimbulkan kecurigaan dihati mereka-mereka yang berkenaan lantas mengecheck akaun fesbuk serta whatsapp aku. :)


Yang ni paling best setakat ni la..

Hok ni salam perkenalan.. lucu!
sedang membaca yang ini pulak.. :)



No comments:

Post a Comment