Tuesday, 9 July 2013

Shocked!


Assalamualaikum wbt...
Puasa tak? Selamat menjalankan ibadah puasa~
Blog ni sebenarnya dah lama diabaikan. Entah kenapa pagi ni rasa macam nak melawat kawasan.. Serious aku memang terkejut tengok gambar anak-anak aku kat tepi tu. Kalau tak silap gambar tu di snap masa si kakak darjah 2 dan si adik 5 tahun. 

Currently... kat tepi tulah dorang.. tersentap sikit rasa hati ni.. Dah makin membesar... Tak tahu nak react macamana. Separuh hati rasa seronok.. seronok sebab dah senang sikit sekarang. Takdela susah payah nak tukar lampin, nak mandikan semua. Kalau nak pergi mana-mana pun senang sekarang ni, tak payah nak ngisahkan susu lampin bla bla bla... 

Tapi dikebanyakkan masa ada rasa sedih dalam hati ni. Dorang dah besar, maknanya... hadirnya watak bernama 'kawan' dalam hidup dorang.. Memang tak salah berkawan, cuma aku rasa sikit terkilan, sedikit sebanyak peranan aku sabagai kawan dorang dah tergugat sikit sekarang. :(

Tapi takpelah dok? Memang perjalanan hidup macam tu. Melalui fasa-fasa tertentu.
Persoalannya sekarang, bersediakah aku menangani emosi kecelaruan identiti pra-remaja nanti?
Eii.. seram mak.
Doa dan tawakkal jela kan. 


No comments:

Post a Comment