Friday, 12 July 2013

Sahur, 3 Ramadhan.

Assalamualaikum...

Dah 3 hari puasa. Ok ke? anak-anak ok tak? Ke mak ayah yang tak ok? hehe
Sahur tu kalau dikejutkan dengan penuh kasih sayang, kata-kata lembut dan gurau senda, insyaAllah takkan jadi masalah, walaupun yang paling susah nak bangun tidur - Boboy.

Method yang digunakan :-
1.  secawan koko ais
2.  bunyi ayam. =.=''

Haah, bunyi ayam. Mesti korang ingat bunyi ayam berkokok. Teeettt.. salah. Bunyi ayam belanda. Kluk.. klukk.. klukk.. Mesti terkekek-kekek gelak kawan tu dengar bunyi ayam. Bila dah senyum, bila dah gelak, makan pun laju je la..




Kakak dah ok sangat alhamdulillah. Senang kejut, dan pandai dah kemas lepas sahur. Pinggan mangkuk yang pakai semua dia basuhkan. :')
Cuma pagi ni dia batuk. Suara pun dah lain. Tu yang kalut bancuh madu lemon bagi dia pagi tadi. Harap-harap ok la sikit..

tengok kat tengkuk.. lawo dok? dari baby lagi dah tu. cara mudah nak tengok dia nangis ialah amik bantal tu dan sorok.


Anak daraku... yang ni memang takde masalah bangun n makan sahur. Dari kecik lagi memang tak banyak karenah. Alhamdulillah...

Kesimpulannya : kejut anak elok-elok, kejut ayah anak elok-elok.. tau... jangan main sergah je. Bulan puasa kena banyak sabar no. heheh..

Oh ye.. mana-mana ada anak yang macam takde selera je makan sahur, lemah gemalai je menyuap, senang je. Suapkan. Konfem laju. Tak caye ce try. :)

No comments:

Post a Comment