Monday 11 July 2011

Fathiah, sayangku Fathiah...

Dah 4 hari fathiah tak datang sekolah. hati ni dah macam digaru-garu tertanya kemana gerangannya fathiah bam-bam tu.bila call, tak berjawab. sms pun tak berbalas. aku jumpa guru kelas, tanya kut-kut buleh tak dapatkan alamatnya, tapi guru kelas tak boleh bagi. p n c katanya. aku hormat undang-undang sekolah tu. ahad ni sukan sekolah. tapi bayang fathiah tak nampak juga. akhirnya aku putuskan, aku tunggu ajelah bayangnya datang sebab takde pun ura-ura mrngatakan yang dia dah pindah sekolah.. Ahad tu, sukan pun dia tak datang.
Akhirnya pagi selasa tu, setelah seminggu dia tak hadir, muncul juga kelibatnya di sekolah. dia datang padaku pagi tu, sedang aku minum teh tarik kat kantin.
'assalamualaikum makcik..'
'waalaikumsalam.. eeeee... fathiah.. makcik rindu la kat fathiah'
fathiah tersengih-sengih menahan malu. merah je pipi dia. tambah chumel lak aku tengok.
'ngape tak datang sekolah? lama tu seminggu..' aku tanya tak tunggu lama-lama.
'kite jatuh, tangan luka kena kaca tingkap pecah..'
'laaa... kenapa sampai jadi macam tu? cuai?'
'taklah. adik kite tolak..'
'ish.. ganasnye permainan..'
dia sengih lagi. aku ingat sampai situ je, tapi bila aku ternampak ada benda yg tak kena pada dia, aku naik tak puas ati. takkan seminggu pun tak baik-baik lagi?
'meh nak tgk skit lukanya?'
pelan-pelan aku tarik tangannya dan selak lengan bajunya. hatiku tersentap bila terpandang balutan luka itu. nampak sangat yang dia balut sendiri luka tu. bandage pun dah naik lebam kotor.
'makcik bukak ek..'
fathiah angguk perlahan. terkemut-kemut mukanya bila aku buka balutan yang tak serupa orang tu. kesian fathiah..
sebaik terbuka je bandage tu, aku terkejut dengan apa yang aku tengok. tangannya dah lebam, darah kering bercampur baur dengan lendir kuning.. astargfirullah.. apa dah jadi dengan fathiah ni.
airmata dah tak boleh aku kontol lagi. bergenang dan menitis melihat keadaan tangannya begitu. melihat aku menangis, fathiah pun ikut sama menangis. aku rangkul tubuhnya itu dan belai kepalanya..
'sakit lagi tak?'
dia mengangguk dalam dakapan aku.
'makcik bawak gi klinik ye?'
dia diam. masa pun dah suntuk, loceng dah bunyi.
'luka ni biar bukak mcm ni je tau' kataku padanya sambil melipat lengan bajunya yg pun tak serupa orang tu.
'nanti lambat skit, makcik bawak gi klinik. kang makcik amik.'
aku seka airmatanya yang bersisa dan senyum padanya.
'jangan sedih-sedih.. makcik kan ada?'
dia angguk-angguk, dah macam belatuk plak aku tgk.
siti n boy dah capai beg sekolah. aku betulkan rambut boboi n siti, pantas diorg salam tgnku dan peluk cium macam biasa. fathiah ikut sekali. dah jadi rutin.
'bye ami, i love you!!' pekik teruna dan dara pengarang jantungku itu.
'i love u too..'
'i love u very strong..yeahh!!!' jerit boboi lagi sambil buat gaya ahli bina badan.
'strongla sangat..' aku sengih tengok perangai diorang. itulah racun, itu jugala penawar..
setelah  diorg masuk kelas, aku panjat ofis mintak surat kebenaran dari pihak sekolah untuk bawa fathiah keluar sekejap gi klinik. lepas siap aku isi dan bagi balik pada kerani sekolah yang pms pagi-pagi buta tu, aku terus balik rumah dan siapkan mana yang patut.
aku call boss, cakap yang mungkin aku akan lewat sikit sebab ada hal. hal penting yang tak boleh dielakkan. boss itu understanding, walaupun kadang-kadang tak patut. hehe.. sempat lagi nak ngumpat boss. sori boss.
aku datang balik ke sekolah dan jemput fathiah kemudiannya, aku bawak pergi klinik yang terdekat. daftarkan, dan duduk tunggu giliran. aku tengok fathiah happy je walaupn tangan dia bengkak sampai macam tu sekali.
'mak ayah fathiah tak tolong fathiah cuci ke luka tu? buh-buh ubat ke...' tanyaku tak puas ati.
'tak. mak suruh buh ubat gamat je'
'haah. iyelah. tak payah cuci main taram buh je ubat. tu yg jadi macam tu. mane blajo ntah..' gumamku masih lagi tak puas ati. akhirnya nama fathiah diapanggil doktor.
dah dijangka, doktor tu pun geleng kepala tengok tangan dia.
'kenapa baru sekarang bawa jumpa saya?' tanya doktor tu.
'saya baru jumpa dia hari ni, saya pun tak tau dia kena teruk macam ni. kalau saya tau, dah lama saya bawakkan.'
'ni bukan anak puan ke?'
'rakan sekelas anak saya. anak angkat saya' officially upgraded. huhuhu..
'tahan sikit ye, doktor nak cuci' ucap doktor tu.
melihat luka tu dicuci aku yang terasa ngilu pedihnya. fathiah tersedu-sedu menangis. aku usap lembut kepalanya dan pegang bahunya yang tersenggut-senggut dek kerana tangisannya itu.
setelah selesai luka tu dipicit-picit, ditonyoh-tonyoh dan digosok-gosok, doktor letak iodin dan balut semula kemas-kemas. satu jarum dihadiahkan pada punggung fathiah akhirnya. tersengih aku tengok mukanya yang memohon simpati je rupanya. apa boleh buat, untuk kepentingan fathiah jugak...
selesai semua, aku ke kaunter amik ubat dan bayar bil. ada ubat makan antibiotik dan ubat tahan sakit. ubat luka, bandage semua ada.
dalam kereta fathiah senyap je. aku pun malas nak ganggu dia, maklumlah, baru je lepas kena dera dengan doktor tadi.
'makcik.. bil klinik tadi berape?' tanya fathiah tiba-tiba.
'huh? kenapa plak tanye bil?
'takdela, nanti kite bagila duit belanja, bayar balik duit makcik. siti selalu cakap makcik penat cari duit hari-hari, kerja teruk-teruk..'
aku terdiam. tulus sungguh hatimu wahai fathiah.
'tak payahlh, nanti bagi kat makcik duit belanje tu, kang fathiah kebulur pulak tak makan waktu rehat. makcik belanje, makcik halalkan dunia akhirat...'
fathiah senyum. 'ade ke kebulur pulak. fathiah pose la nanti..'
'dah.. tak payah org kate.. ishhh....' kataku sambil buat muke marah. fathiah tunduk. ayookkk.. lantak...
'makcik gurau ajela.. senyum sikit.. rindu tak abis lagi ni..'
aku hantar balik fathiah ke kelasnya, dan inform pada kerani sekolah yang masih lagi pms itu. aku terus ke tempat kerja. takdela lambat sangat. boss tu pulak yang datang lewat dari aku.
sampai kat tempat kerja, mataku lekat pada skrin komputer, tapi akalku terbang mengingatkan insan yang bernama fathiah hanis itu. aku terkilan mengenangkan nasibnya sebegitu. langsung tak diberi perhatian yang secukupnya. kasih-sayangnya terabai, keperluannya tidak diuruskan sebagaimana sepatutnya. kenapa kedekut sangat nak bagi kasih sayang? kalau orang kedekut dengan wang ringgit aku boleh faham, sebab wang ringgit kena bertungkus-lumus baru kita akan perolehi. tapi kasih sayang? benda tu ada dalam hati kita. kalau simpan dalam hati, pun tak boleh beranak-pinak jadi emas permata. kalau luahkan pun ia takkan habis, malah ia akan membuatkan kita lebih bahagia. jadi, kenapa nak kedekut dengan kasih sayang?