Friday 11 March 2011

L.O.V.E around me..

 kisah ni terjadi dalam minggu lepas, aku hantar anak2 ke sekolah n lepak makan nasi lemak dengan teh tarik kat kantin sekolah. Fatiah Hanis namanya, kawan pada Dato Siti Nurhalizaku. Oleh kerana tiada cctv yg merakam aktiviti kami, maka aku flashback kan in words..
sedang seronok menyuap nasi lemak tiba-tiba..
"hai makcik!"
"uih, ce bagi salam..."
"hehe assalamualaikum makcik.."
"waalaikumsalam sayang.. ha.. kan manis tu.."
"hehehe"
"dah makan?"
"belom"
"nak?" sambil hulurkan nasi lemak yg dah setengah aku makan..
"xpelah. nanti fatiah beli kuih. makcik makanlah. lapo beno ropenye" hehehe memang lapo pon..
aku sambung balik makan.. kemudian minum teh tarik. teh tarik kantin ni memang the best..
"makcik.."
"ye sayang.."
"fatiah nak la mak macam makcik.. makcik cantik.."
aik. lain macam je mood budak ni pepagi bute ni.
"cantik ke? makcik tak mandi lagi ni. ce ciom ketiak, wangi ooo.."
"hehehehe.. makcik ni best la.."
tak habis2 lagi puji tu. kembang skit..
"ape yang bestnye?" pancing-memancing bermula..
"makcik kelakar, makcik sayang siti n mahdzer. kalau ada orang buli siti, siti telefon je makcik datang jumpe budak yg buli tu.." itu namanya sense of protection wahai fatiah..
"habis, mak fatiah tak sayang fatiah ke?" pancing lagi.
"fatiah pun tak tau. dia selalu marah2 je. selalu suruh fatiah buat itu ini. fatiah penat.."
aku terkedu. boboy di pangkuan ku alih ketepi, dan duduk rapat dengan fatiah.
"ada adik?"
"ada. 2 orang."
"umur berapa?"
" yang sorang 5 tahun, sorang lagi 2 tahun."
"haa... tu lah pasalnye. fatiah tau x penat tau jaga budak kecik.."
"tu makcik x penat pun macam. makcik kena pegi keje lagi. mak fatiah duk umh je.."
"bis duk umah x penat? lagi penat tau.. cuci kain, masak, kemas2.."
" fatiah tengok makcik ok je.." belum kau lihat lagi kekalutan hari2ku wahai fatiah..
"mak sibuk tu, fatiah kena la sama2 tolong.." aku gamit siti dan boboy disisiku
"akak, adik, mami garang kan?"
"wuu.. garang ooo.." boboy cakap sambil angkat2 kening.
"mami slalu suruh wat keje2 kan?"
"tiap2 hari kena kemas rumah sebelum mami balik, kalau tak mami ngamuk.."
"mami ada pukul dgn rotan tak?"
"ada.. kalau nakal2 memang kene rembat.." amboihh.. over ni.
"dgr tak, diorg pun sama tau. mcm fatiah jugak. mak marah2, suruh wat itu ini, pukul2, tak bermaksud dia tak sayang fatiah.."
"tau. tapi mak tak pernah pun cium fatiah bila pegi skolah. makcik lain. hari2 makcik cium siti n mahdzer."
"makcik ni sentimental orgnye.. makcik suke tunjuk kalau makcik sayang.."
"sentimental tu ape?" ahh.. sudah. jadi besta bergerak plak.
"sentimental tu maknanya org yang suke sayang2, suka cium2,suke peluk2.." (betul ke penerangan aku ni?)
"haa.. betul tu.." mahdzer zulfaqar menyampuk..
"oo.. untung la siti n mahdzer.. tgk baju diorang. kemas je hari2 makcik buat. tgk la baju fatiah.."
baju dia memang lusuh, tak berseterika.. kedut seribu..
aku pandang tepat matanya, ada air bergenang. down betul dia hari ni. tersentap jiwa dan raga aku. tak pernah aku terfikir betapa pentingnya tunjuk kasih sayang. kenapa susah sgt nak tunjukkan kasih sayang? bukan kena duit pun. bukan penat pun cium budak. bukan letih pun peluk budak.. susah sgt ke?
aku datang dekat pada fatiah, dia duduk di kerusi, aku cangkung n cubit pipinya yang tembam.. geramm..
"fatiah, tak baik tau cakap atau rasa macam ni kat mak kita. walaupun mak tak buat mcm yg makcik buat kat anak2 makcik, makcik tau mak sayang fatiah macam makcik sayang diorang tu.." ku juihkan mulut pada siti n boboy yang dah tak ingat mami bila jumpa kawan.
fatiah diam. ada lagi airmatanya.. tersentuh jiwa dan naluri keibuan aku. hehe.. rock rock juge beb, hati tetap mak orang.. nature..
"dengar sini. tak payah fikir mcm ni selalu. jgn melawan cakap mak. dosa. kalau mak marah2 diam je tau. jgn jwb2. mak suruh buat ape, buat je. mak penat tu.. fatiah kakak kene tolong mak.."
fatiah angguk. spontan aku belai kepalanya, n cium dahinya. kesian aku tengok budak ni.. fatiah rangkul tubuhku yang belum mandi pagi erat2. aku balas balik pelukannya. nature seorg sentimental.
perlahan pelukan dilepaskan, ku tatap lagi wajahnya. dia tersenyum, bergenang airmataku melihat ketulusan dimatanya. kesian fatiah...
kringggg!!!! loceng bunyi. aku seka airmata yg bersisa di pipinya, dan cuim sekali lagi pipinya yg gebu. aku rasa mcm nak gigit2 je budak ni. geramm..
"fatiah ingat tau pesan makcik tadi. belajar pandai2. nanti bila besar keje gaji ribu-ribu liun, boleh amik bibik keje, kasi mak rehat.."
"ok. fatiah masuk kelas dulu ye makcik. siti! jom la!!"
siti n boboy capai beg sekolah, cium tangan aku, cium pipi2 ku, n peluk2 tubuhku. fatiah pandang dari kejauhan.
"fatiah, meh cini jap" fatiah datang kedek2 kat aku. aku peluk tubuhnya yg gebu tu, n cium dahinya. spontan dia capai tgnku n cium..
"dah, g masuk kelas. kang lambat cikgu marah.."
"okeyy!!!" tiga2 jawab serentak. rasa mcm cikgu pendidikan jasmani pulak.
"bye mami, i love you mami.." jerit boy n siti.
"i love you too"
"i love you three" jerit boy lagi..
"i love u 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10...." kali ni tak berjawab.. tak dengar dah kot.
kejadian ni menyebabkan aku tersedar betapa pentingnya kasih sayang pada budak2 sekecil itu. sayang mesti diluahkan, sayang mesti ditunjukkan. bukannya disimpan dalam hati buat tukun n harapkan org yg disayangi itu memahami. macam mana nak paham kalau tak cakap n tak tunjuk? bukan ada magic macam david blaine.
mula dari detik itu, aku tekad n nekad, aku akan curahkan seluruh kasih sayang yang bersisa di hati ini utk diorang..
mami yang sentimental tetapi tetap rock..ehe..

No comments:

Post a Comment