Saturday 12 March 2011

observation and conclusion (in my point of view)

semenjak anak2 dh besar ni, hujung2 minggu masa untuk aku rehat. lari dari masalah seketika, dan melegakan stress. aku pun tak tau sejak bila aku ada hobi baru ni - observe orang disekeliling. OBSERVE ok, bukan JUDGE. hanya Dia yg boleh judge umatnya. Bukan aku.

salah satu port yg paling best nak tgk gelagat orang ialah di padang MBI (majlis bandaraya ipoh) trletak kat area Greentown. Malam2 ada banyak stall bukak kat situ sampai subuh. Makanannya tak lah best sgt, tapi suasana tu yg buat aku rasa tpt ni best bagi aku.

adalah suatu malam minggu aku pergi lagi MBI. ada satu gerai yg jual char kuey teow best. sengaja aku pilih tpt yg paling hujung supaya tak ada drama yang terlepas dari pandangan aku.. malam tu aku order char kuey teow dgn milo tabur gelas besar. (skali dia bagi gelas jus buah kau.. sengkak perut mak) sambil2 makan tu aku terpandang meja dihadapanku. si isteri bersama sang suami, serta 2 org anak yg masih kecik2 lagi. yg besar aku rasa tak lebih 5 tahun umurnya. yg kecik tu baby lagi. aku tgk si isteri mukanya masam je. sebelah tgn kendong baby, sebelah lagi menyuap makanan. berselang-seli. satu utk mak, satu utk anaknya yg sulung. dua utk mak, satu utk anak. sang arjuna yg dok kat seblah tu wat tak reti je. kejap2 tgk handphone, sengih sorg2. langsung dibiarkan si isteri sebelah tu. hmmm... mcm sesuatu la si suami ni. tak bertimbang rasa..(ter'judge' di luar sedar)

habis dah char kuey teow aku. sambil jilat2 milo yg melekat kat sudu air aku, mataku 'tertangkap' pulak ke satu meja disisi. keluarga jugak, tapi anaknya 3 org. dah besar. dah sekolah rendah dh rasanya. si mama sibuk melayan keletah anak2. sesekali tergelak melihat anaknya yang terkapai2 kepedasan. seronok. tapi apa yang bikin sepah ini picture ialah, si papa macam lampu meja je dok seblah. sibuk dgn handphone juge. muke boring giler je aku tgk. hmmm..

sedap betui ratah milo ni..
aku scan lagi sekeliling. kali ni mataku tertancap pada meja nun jauh didepan. ada satu lagi family. kali ni anak2nya dah meningkat remaja. tapi kelibat seorg lelaki bergelar 'ayah' tak nampak bayang. hanya si ibu bersama2 2 org anknya. happy je aku tengok. gelak2, gurau2 n mcm tak putus2 borak macam best friend yg dh lama tak jumpa. seronok tgk diorang happy.

dalam perjalanan balik, senario di stall tadi bermain-main dalam kepala aku. berulang-ulang macam siaran astro....

aku bukanlah nak bersikap 'seksis' dalam situasi ni. tapi kebanyakkan yg aku tgk, itulah keadaannya. lelaki atas nama suami dan ayah selalu hilang dalam picture kekeluargaan. selalu tak nak ambil bahagian dalam aktiviti keluarga. sebab? aku pun tak tau. mungkin ego yang tak bertempat... bagi lelaki yg belum bergelar 'ayah' yang membaca, sekarang mesti sudah terdetik di hati anda 'eh, ingt semua lelaki sama ke?' betul, bukan semua lelaki mcm tu.. tunggu dan lihat bila anda hadapi sendiri situasi ini. baru tau, anda tergolong dalam kategori mana..

bagi aku berada bersama-sama dgn anak ialah satu kenangan yg terindah. akn aku isi memori mereka dengan kenangan2 manis, kegembiraan, imaginasi yang indah2. kerana suatu hari nanti tanpa kita sedari, mereka akan pergi meninggalkan kita utk mengharungi kehidupan sendiri.

betul, ilmu ialah harta yg tak ternilai. begitu jua kenangan manis dan memori indah. aku mahu anak2 aku ada memori indah dan kenangan manis bersamaku, yg akan kekal dalam hati mereka sepertimana kenangan manis dan memori indahku bersama ibu bapaku... kekal sepanjang hayat.

mami yg sentimental, masih lagi pelatah separa tegar.. tetapi tetap rock..ehe..

No comments:

Post a Comment