Friday, 11 March 2011

PeNyaKit krOnikkU...

aku sebenarnya ada penyakit. telah didiagnosekan tahap 2. jika sampai ke tahap 3, i'm done. aku sesungguhnya menyesal.. kenapa baru sekarang aku terhegeh-hegeh mencari penawarnya? kenapa tidak dulu? huhh.. sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..

nak tau aku ada penyakit apa? aku ada penyakit yang sukar untuk diubati. aku telah disahkan mengidap penyakit melatah tahap 2. dengan kata lain - 'pelatah separa tegar'. dulu aku xde tau penyakit ni. masa aku kerja kat Clearwater Sanctuary dulu2, makcik housekeeping ni seorang pelatah tegar. maka jadi agenda seharian aku mengusik dia. disuruh joget, dia joget. disuruh karaoke, dia layan.. Paling aku suka ialah bila aku cuit atau sergah dia dan tanya 'makcik! nur lawo dok?' dia mesti cakap 'oo lawo lawo lawo.. aku pinang mu jadi menantu..' (walhal anak dia masa tu baru form 4) Itulah terapi setiap kali masuk kerja.

kalau jalan2 berdua tapau nasik tghari lagi best. aku akan sergah dia 'makcik!! memori daun pisang, waktu jalan2..'
'berdua jalan kaki.. saat turun hujann' sambungnya tanpa disuruh2. siap goyang inul lagi. lepas penat, dicubit2nya aku dan bebel2.. antara yang selalu dia cakap ialah 'kamu jgn nur, jangkit karang..'
aku buat selambe kerek je sebab kalau ikut logik, memang tak masuk akal melatah boleh berjangkit. lepas aku berhenti kerja dari situ, aku tak pernah lagi jumpa dia sampai sekarang.

mula2 aku perasan jugak. kalau ada benda jatuh atau terlepas dari pegangan tangan, mesti keluar 'oomak hang jatuh' itu aku masih terima lagi sebab bagi aku latahan macam tu normal. hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. aku kian parah. disergah aku melatah. dicuit aku melatah. jgn tanyalah kalau benda jatuh atau bunyi kuat tiba2. itu sudah pasti aku melatah.

sekarang aku dah makin kronik.
januari lepas aku present yearly report pada directors. sales setahun compare dengan tahun sebelumnya. meeting room tu bapakk la sejuknya. sunyi sepi sampai deruan aircond pun boleh dengar. semua mata tertumpu pada aku,  mendengar dan cuba memahami apa yang aku cuba sampaikan.

tiba2 dalam keheningan suasana itu.. aku jerit 'OOMAK HANG GELI..BANGANG!!!'
mata2 directors bulat buntang memandang aku yg dh pucat lesi. mesti diorang tgh tertanya2, ape pulak la kenenye minah ni.. tetibe je jerit..

nak tau tak sebabnya?

handphone yg aku silentkan dalam poket seluar vibrate.

macamana ni?
ngaku rock lagi hardcore. rock n hardcore mendenye kalau hp dlm poket vibrate pun latah?!

nasihat dan pesananku pada kawan2 yang membaca (ada ke pun ntah?) latah itu contagious. jangan diganggu org melatah sebab ia mungkin menjangkiti anda tanpa anda sedari.

mami yang sentimental, pelatah separa tegar, tetapi tetap rock.. ehe..

2 comments:

  1. 1st.

    Hampes. Ko memang makcik latah der.

    ReplyDelete
  2. adoii.. can't help it la der...

    ReplyDelete