Wednesday 30 March 2011

Uncle George n Auntie Grace Peirera

Aku berkenalan dgn Uncle George n Auntie Grace masa aku n family survey perabot. Masa tu aku tengah sibuk mencari katil. Anak2 sibuk dengan katil bentuk kereta F1. Memandangkan masa tu kurang orang, aku biarkan diorang (tapi masih dalam radar pengawasan aku) Abe sibuk adore 6ft bed sambil tunjuk2 sign 'good' kat aku.. 'luas ni yang,' katanya..
'Angker (uncle) tumpang lalu'
Sepantas kilas aku toleh pada tuan empunya suara tu - Aboy. Uncle tu anjak ketepi sikit dan boy lalu melintasinya. Kemudian boy angkat tabik n cakap 'terima kaseyy' ala2 kumpulan alleycat slalu buat tu. Uncle n auntie tergelak. Yang aku plak terasa mcm some kind of offense plak, cepat2 datang pada uncle n auntie.
'Pardon me for their manners. It's..' belum sempat aku menghabiskan ayat, uncle mencelah,
'Don't be dear. You've done a great job with their manners.'
'He's going to be a gentleman,' kata auntie. Aku senyum..
'Buying stuffs for new house?' tanya uncle.
'Nah.. haven't make up my mind yet. Just looking around, see if there's something we fancy n fit our budget'
'Well, take your time. We found what we need already. It's for our house in Batu Gajah.'
Dengar je perkataan Batu Gajah, automatik aku hulurkan biz card.
'Just in case you need some advise on electrical appliances' kataku dalam senyum simpul. Sales nih..
Kemudian uncle dan auntie pun beredar...
Beberapa minggu selepas itu uncle n auntie datang jumpa aku dan beli barang electrical. Tak ingat dah berapa tapi lebih 7k. Semua atas recommendation aku..
Bertitik-tolak dari situ, aku sentiasa berhubung dengan unle. Kalau dia ada masalah dengan barang2 elektrik dia, mesti aku yang dicarinya. Aku pulak sedaya-upaya membantu selagi termampu. Anak2 dia semua jauh2, ada yg kat luar negara, ada yang kat luar negeri.. Tinggal berdua je kat Batu Gajah ni. Maka upgradelah sudah title aku, jadi technician. Aku tak kisah pun sebab bab2 letrik ni aku memang terer dan minat. Takat nak tolong2 dia tukar switch socket apa ada kes...
Uncle selalu puji adab sopan aku padanya. Selalu puji cara didikan ibu-bapaku. Aku langsung tak rasa bangga sebab bagi aku, semua tu wajib untuk kita amalkan pada orang yang lebih berusia, tak kira siapa.
Bila Deepavali, uncle mesti bagi satu bekas urundey kat aku. kuih tradisional kaum india paling aku minat. bila aku datang rumah dia, aku nampak makcik2 pandang aku dengan pandangan penuh skeptikal.. pun aku tak kisah. bagi aku, niat kita yang penting.
satu petang aku terima panggilan dari uncle.
'nur, back already from work?'
'baru saja punch out, why uncle?'
'i have a sudden craving for cakoi kg seri jaya. auntie went out already, can u by any chance get a couple for me?'
'sure thing la uncle.. i'll be there in 20 minutes'
'alrite. i'll wait.'
aku pun supp ke kg seri jaya, beli cakoi. beli RM 5, mintak plastik extra. aku asingkan cuma 3 ketul je untuk uncle. dia ada masalah jantung. aku xkasi dia makan banyak2. selesai, aku terus ke rumahnya.
Uncle duduk kat laman masa aku sampai. siap bancuh teh lagi. standby nak ngap je.
'cakoi delivery!!' jerit ku dari pagar sambil jalan masuk.. uncle sengih2. bila dia tengok dalam plastik tu ada 3 ketul je, dia pandang aku..
'u gotta be kidding me! mana cukup la deyy!!' dah aku agak itu yg dia akan cakap.
'take it or leave it..' jawabku angkat2 kening. uncle gelak..
sambil makan aku tgk uncle menung jauh, layan perasaan la agaknya tu. aku tak nak ganggu dia dan minta diri untuk balik. dah nak senja pun masa tu.
dah sebulan tak ada berita uncle. aku pun sibuk, xde masa nak jenguk dia. suatu petang aku terima panggilan dari nombor asing.
'can i speak to nur please?'
'this is her..'
'i'm james, son of George Peirera,'
'owh..'
'just wanna let u know that.. father.. he passed away this morning, heart failure.. funeral is tomorrow, just in case...'
aku terkedu. hp ditangan terlepas dari genggaman.. kaki terasa berat, lidah kelu. terduduk menerima berita itu..
rupa-rupanya cakoi delivery itu adalah pertemuan terakhir aku dan uncle. terbayang
kenangan2 bersama2 dgn uncle semasa hayatnya ada...
kehilangan seseorang , tak kira ada pertalian darah ataupun tak dengan aku tetap akan meninggalkan kesan yang mendalam. lebih2 lagi uncle yang boleh ku kira ibarat pakcikku sendiri. seminggu jugak la menung tak lalu makan teringat kat uncle.
tak kira apa jua warna kulit, bangsa, agama atau kepercayaan, kita tetap serupa. kenapa kita nak bina tembok antara kita sedangkan kita berkongsi satu dunia yang sama?

1 comment: